Isnin, 14 November 2011

Jawab soalan berpandukan cerita yang ditonton

 Sang Kancil, Buaya dan Kerbau

Soalan 1. Apakah yang berlaku pada Sang Buaya?
A. Sang Buaya di timpa dahan kayu
B. Sang Buaya terjumpa Sang Kancil
C. Sang Buaya sedang mencari makanan
D. Sang Buaya berbual-bual dengan Sang Kerbau


soalan 2. Apakah nama binatang yang ada dalam klip video tersebut ?
A.Buaya dan kancil
B.Buaya dan kancil dan burung
C.Buaya,harimau dan kancil
D.Kerbau,kancil ,monyet dan buaya

Soalan 3. Dimanakah berlakunya cerita itu?
A.Di tepi bukit.
B.Di tepi Sungai
C.Di tepi Laut
D.Ditepi perigi

Soalan 4.Siapakah yang telah memberikan nasihat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi?
A. Harimau
B .Buaya
C. Sang Kancil
D.Sang monyet

Soalan 5.Siapakah yang telah mengangkat kayu diatas sang buaya.?
A. Sang Kancil
B.Sang Kerbau
C.Sang Kancil
D. Sang Harimau

Soalan 6.Bagaimana nasib kerbau selepas digigit oleh oleh Sang Buaya ?
A. Mati
B. Kakinya Patah
c. Berjaya melepaskan diri dg. bantuan sang Kancil.
D. Ditelan Sang Buaya

Soalan 7, Apakah nasihat Sang Kancil pada Sang Kerbau ?
A. Tiada nasihat diberikan
B. Tunjukkan semula bagaimana kejadian itu berlaku.
C. Kancil menyuruh Sang Kerbau bersabar
D. Kancil menyuruh Sang Buaya melepaskan kaki Sang Buaya.

Soalan 8. Berjayakah kerbau melepaskan kakinya ?
A.Ya
B. Tidak

Soalan 9. Apakah benda yang menimpa Sang Buaya?
A.Batu
B.Batang  Kayu
C.Batang buluh
D.Batang Pinang

Soalan 10. Di dalam cerita tersebut.Binatang manakah yang tidak mengenang budi.
A.Sang Kancil
B.Sang Buaya
C.Sang Kerbau
D.Burung

Pengajaran Bahasa Melayu Tahun 5

1. Ciri-ciri kelas
a)  Tarikh
b) Tahun
c) Pengetahuan sedia ada

12.05.2011
5 Suria
1. Murid pernah mendengar membaca cerita-
     cerita teladan.
2. Murid telah mempelajari perisian asas
    Microsoft Word dan MS PowerPoint.

2. Peruntukkan Masa

60 Minit

3. Tema Pelajaran / Topik

Tema : Cerita Teladan
Topik: Persahabatan
Sub Topik :  Sang Kancil dan Sang Buaya.

4.  Hasil Pembelajaran
  









a)   Nilai Murni





b)  KBKK

1.34  Menceritakan semula sesuatu  perkara dengan
         menggunakan perkataan sendiri berdasarkan
         tayangan video.

2.27  Menyatakan pengajaran yang terdapat dalam
         Cerita yang di tayang melalui klip video.

3.27  Menulis jawapan kefahaman berdasarkan
         bahan tayangan video.          


1. Saling hormat menghormati .
2. Menepati masa
  


1. Berfikir secara kritis.
2. Kemahiran menjana idea.


5. Objektif Pembelajaran

Pada akhir P&P diharapkan murid akan dapat:

1. Bercerita semula  berdasarkan tayangan
    video mengikut urutan  cerita dengan betul
    dan tepat.

3.  Menyenaraikan pengajaran  dan nilai-
     nilai murni  berdasarkan  tayangan video
     yang dipautkan kepada  Ms PowerPoint.                    

4.  Menjawab soalan pemahaman dengan
     mengguna MS Word dan MS  Power Point .

6. Persediaan TMK

1. Menempah makmal computer dan  
    projector LCD

2. Memastikan rangkaian local network dan  
    internet berfungsi

3. Menyediakan soalan latihan dalam MS
    PowerPoint.

4. Menyediakan fail video.

5. Memastikan setiap komputer di install perisian
    Author ware.

6. Memastikan semua peralatan ICT berfungsi
    dengan baik.

7. Penerapan TMK

1. Latihan pemahaman menggunakan MS
    PowerPoint dan excel.

2. Pembelajaran akses kendiri melalui MS
    PowerPoint untuk mencari maklumat.

3. Murid menghantar tugasan melalui   
    cetakan.


8. Persediaan Bukan TMK

1. Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 5
      
      2. Kertas putih.
      
      3. Buku cerita
      
      4. Carta gambar



9. Aktiviti Pelajaran

1. Set Induksi:
    - Guru menayangkan gambar haiwan pada skrin
      menggunakan perisian MS PowerPoint.
    - Murid namakan haiwan tersebut dan
       perkenalkan tajuk dengan mengaitkan denag
       cerita binatang.

2. Pencetusan Idea:
    a) Murid memberi contoh lain cerita-cerita
        binatang yang diketahui.

    b)Murid menonton tayangan video cerita Sang
        Kancil dan Sang Buaya yang dipautkan
        kepada MS PowerPoint menerusi LCD secara
        keseluruhan kelas.

3.Penstrukturan Semula Idea:
   a) Guru bersoal jawab dengan murid  tentang isi
       cerita tersebut mengikut urutan cerita

   b) Murid mengenal pasti watak yang  terdapat
       dalam cerita.
 
  c)  Murid diminta membuat ramalan tentang
       kesudahan cerita tersebut.

  d)  Guru menerangkan kesudahan cerita.

  e) Bersoal jawab tentang nilai murni dan
       pengajaran dalam cerita .
        MS Power Point.

  

4. Aplikasi Idea :
  a) Murid meneroka MS Power Point untuk
      menjawab soalan-soalan pemahaman.

  b) Menyenaraikan kata Adjektif yang terdapat   
     dalam tayangan  video  dengan
      penerokaan sendiri dalam MS Word.

  c) Menjawab soalan tatabahasa iaitu imbuhan
     yang terdapat dalam syair yang diberikan.

  d) Hantar tugasan  bercetak.






5. Penilaian :
    Penilaian. rakan sebaya secara lisan
    sepanjang proses P&P dan penilaian guru
    melalui latihan MS Power Point

6. Pengayaan
   a)  Menyenaraikan pengajaran dan nilai-nilai   
    murni yang terdapat di dalam tayangan
    video/teks syair.           

   b)  Interakif perisian Author ware yang dipautkan
        Ms PowerPoint.


7. Penutup:
Guru merumus isi pelajaran dan nilai murni

10. Aktiviti Guru

    1. Guru menayangkan gambar haiwan pada skrin
        menggunakan perisian MS PowerPoint.
        Murid namakan haiwan tersebut dan
         perkenalkan tajuk

    2. Guru menayangkan video cerita Sang
        Kancil dan Sang Buaya yang dipautkan
        kepada MS PowerPoint menerusi LCD secara
        keseluruhan kelas.

   3. Bersoal jawab mengenal pasti watak
        yang  terdapat  dalam cerita.

  4.  Bersoal jawab dengan murid  tentang isi
       cerita tersebut mengikut urutan cerita

  5. Meminta murid membuat ramalan tentang
       kesudahan cerita tersebut.

  6. Guru menayangkan kesudahan cerita.

  7. Bersoal jawab tentang nilai murni dan
      pengajaran dalam cerita  MS Power Point.

  8. Bimbing dan memantau murid meneroka slaid
      untuk  menjawab soalan-soalan pemahaman.

  9. Meminta menyenaraikan kata Adjektif  yang
      terdapat  dapat  tayangan video  dengan
      penerokaan sendiri dalam MS  Word.

  10. Meminta murid menjawab soalan tatabahasa
      iaitu imbuhan berdasarkan teks syair yang
      diberikan oleh guru.

  11.  Meminta murid membuat refleksi
         pembelajaran.

  12.  Murid-murid yang menyiapkan tugasan lebih
         awal diminta membuat aktiviti pengayaan.

  13. Memastikan murid menghantar tugasan cara
         bercetak dan disket

11. Aktiviti Murid-Murid


    1. Melihat tayangan gambar haiwan pada skrin
        menggunakan perisian MS PowerPoint. Dan
        menamakan haiwan tersebut.
        
    2. Murid memberi judul cerita berkaitan haiwan
        tersebut dan memberi contoh lain cerita-cerita
         haiwan.

    2. Melihat tayangan video cerita Sang
        Kancil dan Sang Buaya yang dipautkan
        kepada MS PowerPoint menerusi LCD secara
        keseluruhan kelas.

   3.  Menyatakan watak yang  terdapat  dalam
         cerita.

   4.  Membuat ramalan akan kesudahan cerita   
        dalam klip video.

   5.  Bersoal jawab tentang isi cerita dan nilai
        murni serta pengajaran dalam cerita .
    
  6.  Murid meneroka MS Power Point untuk
      menjawab soalan-soalan pemahaman.

  7. Menyenaraikan kata Adjektif  yang terdapat    
      tayangan  video  dengan penerokaan sendiri
      dalam MS Word.

8. Menjawab soalan berkaitan imbuhan berdasarkan
    teks syair yang diberikan oleh guru.
 
8.  Hantar tugasan melalui cetakan.

9. Pengayaan

   a)  Menyenaraikan pengajaran dan nilai-nilai   
        murni yang terdapat di dalam tayangan
        video/teks syair.       


   b)  Interakif perisian Author ware yang dipautkan
         Ms PowerPoint.


12. Liputan Kurikulum

Isi Pembelajaran
Menepati sukatan pelajaran tahun 5 .

Pedagogi
Mempunyai penggabungjalinan kemahiran bahasa dan kemahiran TMK serta menerapkan beberapa kemahiran KBKK sepanjang proses P&P .

Penilaian
Penilaian secara lisan dan bertulis melibatkan penggunaan TMK.

13. Keperluan Khusus

2 buah tetikus



14. Literasi

  
1. Menyemakkan seta membetulkan kesalahan
    ejaan menggunakan  perisian Dewan Eja.


15. Numerasi

1. Bilangan buaya

16. a. Penilaian

















      b. Refleksi

Bahan :

a) Gambar-gambar yang dimuat turunkan daripada
    internet bersesuaian dengan tajuk serta mencetus
    idea murid.

b) Penggunaan klip video amat menarik dan
     berkesan untuk menjana idea murid.

c)  Teknik penilaian secara lisan melibatkan
     pelbagai  bentuk  soalan yang mudah difahami
     murid.

d)  Penyelesaian tugasan individu dilaksanakan
     dalam Perisian yang telah dipelajari oleh murid



Pengajaran dan Pembelajaran:

1. Topik yang dipilih bertepatan dengan
    huraian sukatan pelajaran daripada KPM.

2. Pemilihan isi pelajaran dan penggunaan
    kemahiran ICT  adalah bersesuaian dengan aras
     murid.

3. Perisian PowerPoint dan Ms Word mudah
    digunakan oleh murid-murid untuk
    mencari maklumat.

4. Proses P&P ini melibatkan penggunaan
    pelbagai kemahiran ICT seperti mencetak,
    menyimpan fail.

5. Proses P&P bersifat interaktif  dan
    menarik tumpuan  serta melibatkan semua murid .
. Perisian PowerPoint dan Ms Word mudah digunakan oleh murid-murid untuk mencari maklumat.

17. Bahan Rujukan TMK dan
      Bukan TMK

1. Buku teks tahun 5
      2. Buku cerita
      3. Huraian sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
          Tahun 5.
      4. Fail video dalam Window Media Player.